info tongkat ali

0
Info Produk -3- Tongkat Ali

Tongkat Ali atau Eurycoma Longifolia Jack adalah tumbuhan kecil yang tumbuh di hutan-hutan Malaysia dan Asia Tenggara. Di Malaysia dan Singapura tumbuhan ini dikenali dengan nama Tongkat Ali manakala di Thailand ia disebut Piak atau Tung Saw.

Penduduk di negara-negara tersebut telah menggunakan semua bahagian tumbuhan ini untuk mengubati pelbagai penyakit. Bahan aktif dalam Eurycoma Longifolia termasuk quassin, neo-quassin, glaukarubin, sedrin dan erycomanol. Secara umum, unsur-unsur tersebut adalah hasil sebatian dengan 20 atom karbon.

Tongkat Ali telah dikenali di seluruh dunia sebagai peningkat testosteron yang efektif. Hormon testosteron diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan organ reproduksi lelaki.

Kadar testosteron yang mencukupi dalam tubuh badan lelaki membantu mengekalkan tahap tenaga yang lebih tinggi, merangsang perasaan gembira, meningkatkan kesuburan dan menambah ghairah seksual. Sejak sekian lama Tongkat Ali telah digunakan sebagai pembangkit ghairah seksual dan untuk mengubati pelbagai disfungsi seksual.

Kajian moden mendapati Tongkat Ali sangat berkesan merawat disfungsi seksual. Banyak kajian yang telah dijalankan untuk membuktikan Tongkat Ali mampu meningkatkan upaya seksual dan kejantanan mamalia. Selain itu, penduduk Asia Tenggara juga menggunakan herba ini sebagai ubat anti-malaria, anti-piretik dan afrodisiak.

Ekstrak Tongkat Ali telah terbukti mampu meningkatkan pembinaan otot. Oleh itu Tongkat Ali menjadi komponen penting dalam banyak suplemen untuk tujuan pembesaran otot. Kini, banyak ahli sukan telah mula menggunakan suplemen Tongkat Ali untuk menambah saiz otot dan meningkatkan kekuatan otot, sekaligus memperbaiki pencapaian mereka dalam pelbagai jenis sukan.

Apa Khasiat Tongkat Ali?

Berikut beberapa sebab utama mengapa herba Tongkat Ali patut menjadi pilihan terbaik anda:

  • ~ Satu-satunya herba khusus untuk lelaki yang paling lengkap.
  • ~ Membentuk dan mencantikkan bentuk otot.
  • ~ Meningkatkan tenaga fizikal dan seksual.
  • ~ Meningkatkan ghairah seksual.
  • ~ Meningkatkan penghasilan testosteron dalam tubuh.
  • ~ Membantu menyembuhkan disfungsi seksual lelaki.
  • ~ Membantu menyembuhkan ejakulasi pra-matang.
  • ~ Membantu penyembuhan impotensi.
  • ~ Menambah keyakinan diri.
  • ~ Benar-benar selamat dan tiada risiko!

Tiga puluh lelaki sihat berumur di antara 31-52 tahun telah diberikan 2 kapsul Tongkat Ali setiap hari selama 3 minggu. Dilaporkan kualiti aksi mereka di ranjang berjaya ditingkatkan. Mereka mengalami ereksi yang lebih kuat dan dalam beberapa kes mereka dapat bertahan lebih lebih lama. Secara keseluruhan, mereka merasa lebih jantan. - Dr. Ismail Tambi, The Singapore Straits Times, Feb 2003.

Dalam penelitian awal di Pusat Pemulihan Reproduksi Kuala Lumpur, 30 lelaki yang sudah berkahwin berusia di antara 31-52 tahun menggunakan Tongkat Ali secara rutin selama 3 minggu berturut-turut. Temubual menunjukkan bahwa 48 peratus merasa segar, aktif dan bertenaga manakala 40 peratus merasakan pertambahan ghairah seksual. - Dr. Simon Chua, Departement of Pharmaceutical Sciences, Wayne State University.

Tongkat Ali mampu merangsang umpanan balik negatif ke hipotalamus dan kelenjar pituitary sehingga tubuh terus menghasilkan testosteron dalam jumlah yang lebih besar. - Dr. James Stoxen, University of Illinois, Chicago.

Dari pengamatan yang dilakukan tentang khasiat afrodisiaknya maka dapat dinyatakan bahwa Tongkat Ali adalah suplemen herba terbaik berbanding semua herba lain dengan fungsi sejenisnya dalam meningkatkan prestasi lelaki secara menyeluruh. Beberapa penerbitan yang didasarkan pada kajian ilmiah dan ulasan perubatan juga menunjukkan bahwa Eurycoma Longifolia efektif dalam meningkatkan kekuatan dan ukuran otot.

Mengapa Tongkat Ali Lebih Baik?

Kebanyakan herba lain hanya fokus pada suatu kelemahan spesifik, sedangkan Tongkat Ali merupakan satu-satunya herba yang diketahui memiliki manfaat di pelbagai aspek.

Dalam persediaan herba, Tongkat Ali digunakan sebagai tanaman ubat tunggal dan juga merupakan komponen utama dalam bermacam ubatan herba untuk merawat pelbagai penyakit seperti merawat malaria, menyembuhkan kanser, meningkatkan fungsi seksual lelaki, membantu membesarkan otot dan dikenali di seluruh dunia sebagai afrodisiak yang hebat.

Sebagai ubat herba, Tongkat Ali tidak memiliki kesan sampingan yang biasa dialami selepas menggunakan ubatan lain yang mengandungi bahan kimia. Beberapa penelitian yang dilakukan untuk menguji kewujudan toksik menunjukkan bahawa Tongkat Ali selamat untuk digunakan bahkan dalam dos yang tinggi. Ini menjadikan Tongkat Ali sebagai herba yang serba guna dan tak dapat ditandingi.

Bagaimana Cara Kerja Tongkat Ali?

Herba Tongkat Ali bekerja dengan meningkatkan kadar testosteron dalam tubuh. Ia berbeza dengan testosteron buatan seperti steroid anabolik dan pelbagai ubat kuat kimia yang lain. Testosteron buatan menyebabkan reaksi negatif pada kelenjar pituitary dan hipotalamus. Dua kelenjar tersebut mengeluarkan pelbagai hormon yang mengirim signal ke sel-sel Leydig dan sel-sel lain yang melakukan sintesis testosteron untuk merangsang penghasilan testosteron. Ini menyebabkan penyusutan ukuran alat vital lelaki - terutama di bahagian testis. Istilah perubatan resmi untuk kondisi ini adalah atropi testikular.

Cara kerja Tongkat Ali berbeza sama sekali dengan testosteron buatan. Pada dasarnya, Tongkat Ali mempercepatkan penghasilan testosteron dengan merangsang umpanan balik reaksi negatif testosteron. Tongkat Ali bekerja sedemikan rupa sehingga peningkatan kadar testosteron dalam tubuh tidak mempengaruhi kelenjar hipotalamus dan kelenjar pituitary.

Oleh karena itu, kedua-dua kelenjar tersebut tidak mengirimkan sebarang signal untuk menghentikan sintesis testosteron. Hasilnya, tubuh akan dibanjiri oleh hormon testosteron yang akan meningkatkan ghairah dan meningkatkan fungsi organ-organ seksual.

Lagi Khasiat Tongkat Ali

Mengatasi Disfungsi Seksual dan Impotensi Lelaki

Sepertimana keadaan wanita ketika di ambang menopause, lelaki juga menghadapi masalah kehilangan ghairah seksual akibat berbagai faktor.

Salah satu di antaranya ialah akibat rendah atau kekurangan hormon testosteron dalam darah sehingga menyebabkan penurunan fungsi seksual. Dalam istilah perubatan, rendahnya kadar testosteron ini disebut Testosteron Deficiency Syndrome (TDS).

Testosteron berperanan merangsang penghasilan libido (hasrat seksual) dan mempertahankannya. Tongkat Ali bekerja dengan meningkatkan penghasilan testosteron dalam tubuh.

Hormon testosteron diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan organ reproduksi lelaki dan bermanfaat untuk:

  • ~ Meningkatkan ghairah seksual.
  • ~ Menjadikan tulang lebih kuat.
  • ~ Meningkatkan kepadatan otot.
  • ~ Mengurangkan lemak tubuh.
  • ~ Meningkatkan kelajuan pembakaran untuk penghasilan tenaga dan fosforilasi oksidatif.
  • ~ Meningkatkan pembentukan sel darah sehingga membantu mempertahankan tahap tenaga yang lebih tinggi dan mempercepatkan masa regenerasi dan pemulihan setelah sakit atau setelah terluka.
  • ~ Meningkatkan fungsi otak termasuk daya ingatan.
  • ~ Mengurangkan stress dan membantu kawalan perasaan.

Tongkat Ali mengandungi unsur biologi aktif yang bernama EuryPeptides yang mampu meningkatkan DHEA dan merangsang penghasilan hormon testosteron bebas, sekaligus menggalakkan hormon perangsangnya iaitu SHBG (Sex Hormone Binding Globulin). Testosteron akan melancarkan metabolisme tubuh sehingga menaikkan ghairah seksual (libido) lelaki.

Penelitian Universiti Sains Malaysia mengenai kesan Tongkat Ali pada tikus yang dikasi menunjukkan bahawa pada hari ke 32, tingkat testosteron meningkat dan tikus-tikus itu menjadi aktif secara seksual.

Kaitan antara testosteron dengan depresi terungkap melalui hasil satu percubaan pakar di University of Western Australia terhadap sekitar 4000 lelaki berusia 70 tahun ke atas. Lelaki yang kadar testosteronnya rendah dicatatkan memiliki kemungkinan tiga kali lebih besar menderita depresi berbanding mereka yang kadar hormonnya tinggi.

Pakar yang menerbitkan hasil kajiannya dalam Archives of General Psychiatri menyatakan bahawa kadar hormon testosteron mampu mempengaruhi kadar sejenis sebatian penting dalam otak yang menjadi punca timbulnya depresi.

Meningkatkan Kesuburan Lelaki, Anti-Penuaan, Melambatkan Menopause

Tongkat Ali meningkatkan penghasilan hormon HGH (Human Growth Hormone) yang bermanfaat untuk : menghambat proses penuaan (Anti-Aging), meningkatkan kesuburan lelaki, memperbaiki kualiti sperma, meremajakan sel-sel tubuh, melambatkan proses menopause dan menjadikan tulang dan sendi lebih kuat, sekaligus meningkatkan penghasilan sel darah putih dan sel darah merah.

Memperbaiki Peredaran Darah dan Merangsang Saraf Pusat

Berdasarkan penelitian, tumbuhan afrodisiak seperti Tongkat Ali secara fisiologis dapat melancarkan peredaran darah pada sistem saraf pusat. Kesannya ialah peningkatan peredaran darah pada alat kelamin lelaki. Khasiat inilah yang menyebabkan Tongkat Ali digunakan untuk mengatasi disfungsi ereksi (Impotensi).

Memperbaiki Sistem Metabolisme Tubuh

Tongkat Ali memperbaiki proses pelepasan kelenjar Tyroxine yang mengatur sistem metabolisme tubuh manusia, sehingga membantu menghasilkan tenaga (pembakaran kalori) secara lebih efektif dan membantu menghancurkan lemak. Hasilnya ialah penyempurnaan fungsi organ tubuh.

Meningkatkan Tingkat Energi, Daya Tahan, dan Stamina Tubuh

Tongkat Ali mampu meningkatkan penghasilan Adenosine Tri-Phosphate (ATP) yang bermanfaat untuk meningkatkan tenaga dan stamina tanpa kesan sampingan seperti gelisah atau insomnia.

Anti-Malaria

Sebatian  quassinoid, eurycomanone, dan alkaloid dalam Tongkat Ali menunjukkan aktiviti antiplasmodium (antimalaria).

Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Tongkat Ali dapat mengurangkan risiko penyakit jantung kerana ia mampu memperbaiki peredaran darah yang tidak lancar dan meningkatkan kadar kolesterol HDL yang bermanfaat untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tongkat Ali merupakan satu-satunya herba lelaki yang paling lengkap yang dikenali di seluruh dunia sebagai afrodisiak yang ampuh. Tongkat Ali dapat membantu mengatasi berbagai disfungsi seksual sekaligus meningkatkan fungsi seksual lelaki, membantu membesarkan otot, dan meningkatkan stamina serta tenaga.

Sebagai ubat herba, penggunaan Tongkat Ali tidak mendatangkan kesan sampingan seperti yang boleh terjadi dengan penggunaan ubatan lain yang mengandungi bahan kimia. Ini menjadikan Tongkat Ali herba yang serba guna dan tak dapat ditandingi.

Apa Itu Testosteron?

Testosteron berperanan meningkatkan penghasilan libido (hasrat seksual) lelaki dan mempertahankannya. Testosteron merupakan salah satu hormon utama daripada beberapa jenis hormon seks lelaki atau androgen yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar gonad.

Penghasilan hormon ini menggalakkan pembelahan sel dari saluran reproduksi lelaki ketika masih di peringkat embrio, penurunan testes masuk ke dalam kantung skrotum dan perkembangan lanjutan pada saluran reproduksi dan penis selama masa akil baligh dan pematangan sperma.

Testosteron juga memiliki peranan non-seksual lain dimana ia memenuhi fungsi penting dalam biosintesis protein untuk mempercepatkan pembentukan otot dan meningkatkan pembentukan sel darah merah. Ia juga mempercepatkan masa regenerasi dan pemulihan selepas sakit atau setelah terluka. Testosteron juga merangsang seluruh aktiviti metabolis khususnya pada jalur metabolisme dan pembakaran lemak.

Risiko Penurunan Testosteron
  • ~ Osteoporosis dan keretakan tulang pinggul.
  • ~ Penyakit jantung dan serangan jantung.
  • ~ Stroke dan kelainan pembuluh darah jantung.
  • ~ Menderita kanser prostat.

Manfaat dari Testosteron
  • ~ Memperbaiki kemampuan seksual lelaki.
  • ~ Tulang menjadi lebih kuat.
  • ~ Meningkatkan kepadatan otot.
  • ~ Mengurangi lemak tubuh.
  • ~ Meningkatkan kelajuan pembakaran untuk penghasilan tenaga dan fosforilasi oksidatif.
  • ~ Mengurangkan stress.
  • ~ Meningkatkan fungsi otak termasuk daya ingatan.

Penelitian membuktikan bahawa selama akil baligh, kadar testosteron meningkat. Puncaknya adalah pada usia 25 tahun, dan mulai menurun secara bertahap seiring pertambahan usia.

Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa secara umumnya penghasilan testosteron menurun sebanyak 2% setahun bermula ketika umur 30 tahun. Turunnya kadar testosteron berikutan peningkatan usia ini menyebabkan ramai lelaki mengalami pengalaman seksual yang tidak memuaskan.

Kajian menunjukkan bahawa pada usia 55 tahun, lelaki yang sihat sekali pun tetap mengalami pengurangan jumlah testostron yang dialirkan ke peredaran darah berbanding tempoh 10 tahun sebelumnya. Bahkan, pada usia 80 tahun sebahagian besar kadar hormon menurun hingga kadar sama sebelum usia akil baligh. Penurunan yang lebih ekstrem terjadi pada perokok berat dan penagih alkohol.

Penelitian terbaru tentang penuaan menunjukkan bahawa 51% lelaki normal yang sihat berusia 40-70 tahun mengalami impotensi pada tahap tertentu, iaitu susah mencapai ereksi dan sukar mempertahankannya sehingga tak berdaya untuk melakukan hubungan seks.

0 comments: